Selamat datang ke Videoblog Panduan Bina Badan!
Blog ini disusun khusus untuk peminat bina badan yang inginkan panduan & tips bina badan yang percuma, mudah, ringkas atau murah. Dalam blog ini, anda akan dipaparkan dengan video teknik bina badan disertakan tips dan panduan praktikal untuk latihan bina badan. Hampir kesemua latihan bina badan yang dipaparkan boleh dilakukan dirumah atau tempat kediaman anda, tanpa menghabiskan wang di gim. Untuk makluman anda, tips & panduan bina badan dalam blog ini akan sentiasa dikemaskini dengan tips & video bina badan terbaru untuk kemudahan anda.
Selamat membina badan berotot!

Cara Kuruskan Badan - Rahsia Orang Gemuk Turunkan Berat Badan Dibongkar!


Fakta dan statistik menyatakan bahawa Penduduk Malaysia sememangnya mengalami masalah kegemukan 3G (Gebu, Gempal dan Gemuk). Ia disokong oleh apa yang diucapkan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Dato’ Seri Liow Tiong Lai kepada BERNAMA pada tahun 2010 :
“30% penduduk Malaysia mengalami masalah Obesiti manakala 30% lagi mengalami masalah berat badan berlebihan”. Persoalannya ialah : Anda di mana? Adakah anda tergolong dalam golongan Obesiti ataupun golongan berberat badan berlebihan?

Sekiranya anda merasakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena mengenai badan anda, anda seharusnya berubah sebelum lain-lain penyakit mula menghinggap kepada anda. Penyakit-penyakit kronik memang suka kepada golongan Obesiti dan Berberat badan berlebihan. Anda seharusnya berjaga-jaga sekarang sebelum terlambat.
Masalah utama yang sering dihadapi oleh golongan obesiti dan berberat badan berlebihan ialah TIADA GENG..Anda faham maksud saya?

Tidak ada geng yang membantu dalam proses menurunkan berat badan. Yang ada ialah kawan-kawan yang suka memerli, suka mengejek dan suka mem’bahan’ anda dengan kata-kata sebegini:
-“tak payahlah susah-susah la beb,. Tak ada bezanya pun.. ahahaha” -“Kau nak kuruskan badan? Biar betul nih, macam takde harapan je” -“Gendang Gendut tali kecapi, kenyang perut ..lu fikir la sendiri. Tak logik la dude, macam ni kan comel dah.. boleh jadi Maskot Sukan Sekolah adik aku.. ahahaha”

Masalahnya ialah tiada GENG, dan keadaan ini amat menyukarkan. Lagi-lagi apabila anda bergerak secara solo dan dikerumuni oleh kawan-kawan yang suka mem’BAHAN’ anda. Anda mahu berubah mendapatkan bentuk badan idaman tetapi persekitaran anda mengganggu anda. Betul tak? Sering kali anda tidak Berjaya.. hrmmmm.


Sekarang bukan masa untuk anda risaukan kerana ada jalan penyelesaiannya. Ebook Rahsia BMI Ideal : Mudah, Murah dan Sihat telah menyimpulkan segala-galanya untuk anda. Bukan hanya sebuah ebook, ianya turut disokong oleh sebuah komuniti (fan page : Lu Slim La Beb) dan juga Pemantauan Secara Online. Anda tidak akan keseorangan lagi kerana Pakej lengkap ini akan membawa kepada perubahan bentuk badan anda menjadi lebih menawan. Mahu bukti lagi?

Downloadkan Laporan Percuma melalui link di bawah dan lihat perbezaannya. Ebook ini ditulis oleh Noor Azreen Mas a.k.a En. Ben, seorang bekas obesiti. En. Ben akan berkongsi sesuatu yang sangat-sangat bernilai untuk anda, Ya, khasnya untuk sesiapa yang mahu menurunkan berat badan.

Kata beliau :
“Hanya Orang yang Pernah Merasa menjadi Gemuk tahu akan Cabaran dan Jalan Penyelesaiannya” Beliau telah membuktikan cara menurunkan berat badan dengan teknik/strategi Mudah, Murah & Sihat. Anda bila lagi? Sekarang bukannya masa untuk duduk dihadapan TV sambil memakan snek kegemaran anda. Anda harus berubah sebelum terlambat!

Klik link di bawah untuk ketahui lebih lanjut!

www.BudakGemukSudahKurus.com

Latihan Bina Badan di Bulan Puasa Ramadhan




Setiap hari pada bulan Ramadan, umat Islam di seluruh dunia berbuka puasa apabila masuknya waktu Maghrib. Mereka makan sahur sebelum matahari naik pada waktu Subuh dan berbuka selepas matahari terbenam di waktu Maghrib. Yang sangat jelas di bulan puasa bagi orang-orang yang ingin terus berlatih ialah salah tanggapan umum iaitu untuk mengurangkan sepenuhnya latihan bina badan dan menyambung semula hanya selepas Hari Raya.

Walau bagaimanapun, saya ada pandangan yang berbeza. Sila ambil perhatian bahawa langkah-langkah yang akan saya cadangkan ini telah berfungsi dengan baik untuk saya, tapi ia mungkin tidak sesuai untuk anda. Nasihat saya, cara yang terbaik ialah mencuba dahulu tips ini dan lihat hasilnya kepada tubuh anda.

Bagi saya soalan 'mestikah saya berlatih bina badan di bulan Puasa?' bukanlah masalah, tapi persoalan sebenarnya ialah 'apakah jenis latihan yang sesuai' dan 'bila masa ia perlu dilakukan'. Hal ini adalah jelas. Ada yang ragu samada latihan angkat berat sesuai di bulan puasa disebabkan tubuh kekurangan air. Dalam hal ini perlu anda tahu bahawa glikogen dalam badan menjadi kurang kerana aktiviti puasa, jadi peluang untuk membakar lemak jangan dibazirkan!

Perkara yang perlu diperhatikan jika anda ingin bersenam atau membuat latihan bina badan di bulan puasa ialah jangan berlatih melebihi had kemampuan dan berhenti segera jika badan tak mampu mengharungi latihan itu; dengar 'cakap badan anda'! Jika kita susun jadual latihan dengan baik beberapa jam sebelum berbuka puasa, kita akan dapat 'recharge' semula badan selepas berbuka. Juga disarankan supaya elakkan membuat latihan 'high impact' di siang hari Ramadan kerana tubuh mungkin tidak bersedia untuk mengharungi latihan yang berat; kecuali bagi mereka yang telah pro dan mempunyai daya tahan lapar/dahaga yang tinggi.

Masa lain yang baik untuk latihan bina badan di bulan puasa ialah selepas berbuka puasa. Walau bagaimanapun ini tidak sesuai jika anda baru sahaja makan makanan yang berat seperti daging/kambing dalam jumlah yang banyak. Pastikan anda hanya makan sebahagian kecil dan makan makanan yang mudah dicerna. Untuk peringatan, daging lembu & kambing amat lambat untuk dihadam. Walau bagaimanapun, berita baiknya ialah sistem penghadaman tubuh akan membakar sehingga 40% output kalori kita.

Sebagai contoh, saya akan hanya mulakan latihan bina badan selepas berbuka puasa selepas solat terawih. Untuk menjana tenaga (untuk latihan angkat berat) dari badan yang lemah hasil dari berpuasa, kesannya tubuh akan menarik tenaga dari otot, jadi saya akan terus minum 'protein shake' selepas berlatih. Kita nak bakar dan hilangkan lemak, bukan nak hilangkan otot! Dalam hal ini mungkin ada yang tak setuju dengan cadangan saya, tapi bagi saya dengan memakan protein selepas berlatih akan membantu kadar pembinaan otot yang tinggi, dan keadaan ini juga menjadikan banyak kalori dibakar untuk 'maintain' otot serta menggalakkan kehilangan lemak yang banyak.

Walau bagaimanapun, jika ada di antara anda bercadang untuk tidak berlatih di bulan puasa, anda pasti akan kehilangan sedikit saiz otot dan kekuatan seperti atlet profesional yang kehilangan stamina mereka pada musim tanpa pertandingan. Tapi, berita baiknya ialah kita boleh mendapatkan kembali otot dan kekuatan dengan cepat sekiranya kita bekerja keras semula selepas Ramadan.

Kunci utama dalam hal ini ialah bijak bertindak. Dengar cakap 'badan' anda. Jika ia memberitahu anda bahawa ia perlu untuk berehat, maka lakukan apa yang betul dan lakukannya dengan bijak. Akhirkata, selamat menjalani ibadah berpuasa dan selamat menjalani latihan bina badan di bulan Ramadhan!

Latihan Bina Badan Dengan Dumbbell

Salam sejahtera! Dalam video latihan bina badan kali ini, kita akan fokus kepada Latihan Bina Badan Dengan Dumbbell. Latihan bina badan ini boleh anda lakukan di rumah hanya dengan menggunakan 1 set dumbbell yang setiap satu seberat 5kg (saya beli 1 set 10kg di Tesco hanya RM49). Dengan dumbbell, anda boleh gunakan untuk latihan bina otot bahu, bina otot dada, bina otot bicep, bina otot tricep dan bina otot lengan. Lihat video dibawah sebagai panduan.

Dalam video dibawah, Peter Carvell menunjukkan 'full body workout' dengan dumbbell. Jika anda seorang yang baru berjinak dengan bina badan, maka ini adalah senaman yang sesuai untuk anda. Ia akan membina semua otot utama dalam badan anda dan juga otot perut anda. Jadi jika anda ingin mendapatkan permulaan badan yang tegap & membina otot di rumah, ini adalah senaman bina badan yang sesuai untuk anda.



Video dibawah ini juga memaparkan latihan bina badan dengan dumbbell secara 'full body workout' oleh Funk Roberts. Berikut adalah jadual latihan yang disarankan oleh beliau;

Dumbbell Workout #1 (QUICK)
8 Exercises - 3 sets of 10 reps per exercise (3 X 10)
Rest for 30 seconds between exercises and 60 seconds between sets

BEGINNER WORKOUT #1
1. DUMBBELL SQUATS (3 SETS X 10 REPS)
2. DUMBBELL ROMANIAN DEADLIFTS (3 X 10)
3. DUMBBELL FLAT BENCH PRESS (3 X 10)
4. STANDING DUMBBELL SHOULDER PRESS (3 X 10)
5. SINGLE ARM DUMBBELL ROW (3 X 10) EACH ARM
6. DUMBBELL KICKBACKS (3 X 10) EACH ARM
7. ALTERNATE DUMBBELL STANDING CURLS (3 X 10) EACH ARM
8. DUMBBELL CALF RAISES (3 X 10) EACH LEG

ADVANCED
8 Exercises - 3 Circuits/Rounds
Perform each exercise one after the other with no rest
30 SECONDS per exercise (PER BODYPART)
Rest for 60-90 seconds and repeat circuit two more times

Lihat video Funk Roberts;