Selamat datang ke Videoblog Panduan Bina Badan!
Blog ini disusun khusus untuk peminat bina badan yang inginkan panduan & tips bina badan yang percuma, mudah, ringkas atau murah. Dalam blog ini, anda akan dipaparkan dengan video teknik bina badan disertakan tips dan panduan praktikal untuk latihan bina badan. Hampir kesemua latihan bina badan yang dipaparkan boleh dilakukan dirumah atau tempat kediaman anda, tanpa menghabiskan wang di gim. Untuk makluman anda, tips & panduan bina badan dalam blog ini akan sentiasa dikemaskini dengan tips & video bina badan terbaru untuk kemudahan anda.
Selamat membina badan berotot!

Panduan Membina Otot Bahu

Ini adalah latihan bina otot bahu yang diamalkan oleh Vince & Lee. Teknik latihan ini ditunjukkan kepada anda melalui beberapa langkah dibawah;

Senarai latihan bina otot bahu;
Latihan 1: Standing Arnold Presses
Latihan 2: Standing W Presses
Latihan 3: Upright Rows
Latihan 4: Bent Over V Raises
Latihan
5: Standing High Lateral Raises

Dalam teknik latihan ini, cuba elakkan dari mengira jumlah rep/ulangan. Cari berat beban yang mampu anda tanggung 10-15 kali dan buat ulangan sehingga anda tidak mampu membuat ulangan lagi. Ulangi latihan 1 hingga 5 tanpa rehat. Ulangi pusingan latihan ini antara 2 hingga 5 kali dengan rehat 2 minit antara setiap pusingan. Selamat mencuba!


SUPPLEMEN BINA BADAN YANG DISYORKAN