Selamat datang ke Videoblog Panduan Bina Badan!
Blog ini disusun khusus untuk peminat bina badan yang inginkan panduan & tips bina badan yang percuma, mudah, ringkas atau murah. Dalam blog ini, anda akan dipaparkan dengan video teknik bina badan disertakan tips dan panduan praktikal untuk latihan bina badan. Hampir kesemua latihan bina badan yang dipaparkan boleh dilakukan dirumah atau tempat kediaman anda, tanpa menghabiskan wang di gim. Untuk makluman anda, tips & panduan bina badan dalam blog ini akan sentiasa dikemaskini dengan tips & video bina badan terbaru untuk kemudahan anda.
Selamat membina badan berotot!

Panduan Membina Otot Belakang Badan

Sudah tentu anda mahu mempunyai otot bahagian belakang badan yang kental dan pejal tanpa lemak yang memalukan! Dalam klip ini, Brandon Carter akan menunjukkan kaedah latihan membina otot belakang badan yang sangat mudah, tapi memerlukan konsentrasi serta keazaman yang tinggi untuk melakukannya.

Latihan membina otot bahagian belakang badan ini hanya menggunakan peralatan ringkas dan asas serta boleh dilakukan dirumah anda; tanpa membazir wang dan masa di gim! Latihan bina otot ini sangat ringkas dan dilakukan dalam tempoh masa yang singkat, tapi kesannya sungguh ketara jika anda melakukannya dengan ulangan dan turutan yang konsisten mengikut jadual latihan yang ditetapkan. Lihat video dibawah;

SUPPLEMEN BINA BADAN YANG DISYORKAN