Selamat datang ke Videoblog Panduan Bina Badan!
Blog ini disusun khusus untuk peminat bina badan yang inginkan panduan & tips bina badan yang percuma, mudah, ringkas atau murah. Dalam blog ini, anda akan dipaparkan dengan video teknik bina badan disertakan tips dan panduan praktikal untuk latihan bina badan. Hampir kesemua latihan bina badan yang dipaparkan boleh dilakukan dirumah atau tempat kediaman anda, tanpa menghabiskan wang di gim. Untuk makluman anda, tips & panduan bina badan dalam blog ini akan sentiasa dikemaskini dengan tips & video bina badan terbaru untuk kemudahan anda.
Selamat membina badan berotot!

Panduan Membina Otot Bicep

Dalam video ini anda akan mempelajari bagaimana teknik membina otot bicep. Lee Hayward dan Vince DelMonte akan melakukan latihan "Las Vegas Pra-Club" bisep Arm Workout. Kita mulai dengan latihan Bicep Curls sambil berdiri, kemudian incline Bench bisep curl, dan disudahi dengan Concentration Curls. Setiap latihan dilakukan dengan 4 set 12-10-8-6 ulangan. Dengan sekitar 30-60 detik rehat antara set. Jika mampu, tambahkan kadar berat yang diangkat dalam setiap set dengan meningkatkan dumbbells sebesar 5 pound sambil mengurangkan kadar ulangan reps bagi setiap set. Sila lihat video dibawah.



SUPPLEMEN BINA BADAN YANG DISYORKAN