Selamat datang ke Videoblog Panduan Bina Badan!
Blog ini disusun khusus untuk peminat bina badan yang inginkan panduan & tips bina badan yang percuma, mudah, ringkas atau murah. Dalam blog ini, anda akan dipaparkan dengan video teknik bina badan disertakan tips dan panduan praktikal untuk latihan bina badan. Hampir kesemua latihan bina badan yang dipaparkan boleh dilakukan dirumah atau tempat kediaman anda, tanpa menghabiskan wang di gim. Untuk makluman anda, tips & panduan bina badan dalam blog ini akan sentiasa dikemaskini dengan tips & video bina badan terbaru untuk kemudahan anda.
Selamat membina badan berotot!

Panduan Membina Otot Hamstring

Dalam teknik membina otot hamstring (otot belakang paha) ini, anda boleh menggunakan dumbell dan barbell. Kaedah ini menggunakan free weights (beban ringan) serta beban tubuh anda sendiri dengan teknik regangan kepada otot hamstring anda secara perlahan.

Dalam videoklip ini, Les Whitley, pengarah Velocity Sports Performance di Franklin, Tennessee akan mengajar anda teknik membina otot hamstring secara regangan beransur-ansur dengan beban ringan tanpa menggunakan peralatan bina badan yang besar dan berat. Kaedah ini mengurangkan risiko kerosakan otot hamstring yang boleh berlaku dengan latihan mengangkat beban yang berat.

SUPPLEMEN BINA BADAN YANG DISYORKAN