Selamat datang ke Videoblog Panduan Bina Badan!
Blog ini disusun khusus untuk peminat bina badan yang inginkan panduan & tips bina badan yang percuma, mudah, ringkas atau murah. Dalam blog ini, anda akan dipaparkan dengan video teknik bina badan disertakan tips dan panduan praktikal untuk latihan bina badan. Hampir kesemua latihan bina badan yang dipaparkan boleh dilakukan dirumah atau tempat kediaman anda, tanpa menghabiskan wang di gim. Untuk makluman anda, tips & panduan bina badan dalam blog ini akan sentiasa dikemaskini dengan tips & video bina badan terbaru untuk kemudahan anda.
Selamat membina badan berotot!

Panduan Membina Otot Perut

Kunci utama untuk memiliki otot perut yang hebat;
Anda boleh memiliki 6 ketulan otot perut yang hebat, tapi jika ianya dibaluti oleh lemak yang tebal (buncit), siapa pun tak mau ambil peduli! Untuk membuang lemak disekitar bahagian tengah badan terutama perut dan pinggang, anda perlu melakukan latihan kardio yang efektif. Anda tidak boleh terus saja menghilangkan lemak perut hanya dengan melakukan latihan seperti 'sit-up' atau 'crunches'. Cara terbaik ialah dengan membakar lemak itu dengan latihan/senaman kardio yang berterusan. Antara teknik membina otot perut ditunjukkan dalam klip dibawah oleh Brandon Carter.


SUPPLEMEN BINA BADAN YANG DISYORKAN