Selamat datang ke Videoblog Panduan Bina Badan!
Blog ini disusun khusus untuk peminat bina badan yang inginkan panduan & tips bina badan yang percuma, mudah, ringkas atau murah. Dalam blog ini, anda akan dipaparkan dengan video teknik bina badan disertakan tips dan panduan praktikal untuk latihan bina badan. Hampir kesemua latihan bina badan yang dipaparkan boleh dilakukan dirumah atau tempat kediaman anda, tanpa menghabiskan wang di gim. Untuk makluman anda, tips & panduan bina badan dalam blog ini akan sentiasa dikemaskini dengan tips & video bina badan terbaru untuk kemudahan anda.
Selamat membina badan berotot!

Latihan Bina Badan Dengan Dumbbell

Salam sejahtera! Dalam video latihan bina badan kali ini, kita akan fokus kepada Latihan Bina Badan Dengan Dumbbell. Latihan bina badan ini boleh anda lakukan di rumah hanya dengan menggunakan 1 set dumbbell yang setiap satu seberat 5kg (saya beli 1 set 10kg di Tesco hanya RM49). Dengan dumbbell, anda boleh gunakan untuk latihan bina otot bahu, bina otot dada, bina otot bicep, bina otot tricep dan bina otot lengan. Lihat video dibawah sebagai panduan.

Dalam video dibawah, Peter Carvell menunjukkan 'full body workout' dengan dumbbell. Jika anda seorang yang baru berjinak dengan bina badan, maka ini adalah senaman yang sesuai untuk anda. Ia akan membina semua otot utama dalam badan anda dan juga otot perut anda. Jadi jika anda ingin mendapatkan permulaan badan yang tegap & membina otot di rumah, ini adalah senaman bina badan yang sesuai untuk anda.



Video dibawah ini juga memaparkan latihan bina badan dengan dumbbell secara 'full body workout' oleh Funk Roberts. Berikut adalah jadual latihan yang disarankan oleh beliau;
Dumbbell Workout #1 (QUICK)
8 Exercises - 3 sets of 10 reps per exercise (3 X 10)
Rest for 30 seconds between exercises and 60 seconds between sets

BEGINNER WORKOUT #1
1. DUMBBELL SQUATS (3 SETS X 10 REPS)
2. DUMBBELL ROMANIAN DEADLIFTS (3 X 10)
3. DUMBBELL FLAT BENCH PRESS (3 X 10)
4. STANDING DUMBBELL SHOULDER PRESS (3 X 10)
5. SINGLE ARM DUMBBELL ROW (3 X 10) EACH ARM
6. DUMBBELL KICKBACKS (3 X 10) EACH ARM
7. ALTERNATE DUMBBELL STANDING CURLS (3 X 10) EACH ARM
8. DUMBBELL CALF RAISES (3 X 10) EACH LEG

ADVANCED
8 Exercises - 3 Circuits/Rounds
Perform each exercise one after the other with no rest
30 SECONDS per exercise (PER BODYPART)
Rest for 60-90 seconds and repeat circuit two more times

Lihat video Funk Roberts;

SUPPLEMEN BINA BADAN YANG DISYORKAN