Selamat datang ke Videoblog Panduan Bina Badan!
Blog ini disusun khusus untuk peminat bina badan yang inginkan panduan & tips bina badan yang percuma, mudah, ringkas atau murah. Dalam blog ini, anda akan dipaparkan dengan video teknik bina badan disertakan tips dan panduan praktikal untuk latihan bina badan. Hampir kesemua latihan bina badan yang dipaparkan boleh dilakukan dirumah atau tempat kediaman anda, tanpa menghabiskan wang di gim. Untuk makluman anda, tips & panduan bina badan dalam blog ini akan sentiasa dikemaskini dengan tips & video bina badan terbaru untuk kemudahan anda.
Selamat membina badan berotot!

Latihan Bina Badan di Bulan Puasa Ramadhan




Setiap hari pada bulan Ramadan, umat Islam di seluruh dunia berbuka puasa apabila masuknya waktu Maghrib. Mereka makan sahur sebelum matahari naik pada waktu Subuh dan berbuka selepas matahari terbenam di waktu Maghrib. Yang sangat jelas di bulan puasa bagi orang-orang yang ingin terus berlatih ialah salah tanggapan umum iaitu untuk mengurangkan sepenuhnya latihan bina badan dan menyambung semula hanya selepas Hari Raya.

Walau bagaimanapun, saya ada pandangan yang berbeza. Sila ambil perhatian bahawa langkah-langkah yang akan saya cadangkan ini telah berfungsi dengan baik untuk saya, tapi ia mungkin tidak sesuai untuk anda. Nasihat saya, cara yang terbaik ialah mencuba dahulu tips ini dan lihat hasilnya kepada tubuh anda.

Bagi saya soalan 'mestikah saya berlatih bina badan di bulan Puasa?' bukanlah masalah, tapi persoalan sebenarnya ialah 'apakah jenis latihan yang sesuai' dan 'bila masa ia perlu dilakukan'. Hal ini adalah jelas. Ada yang ragu samada latihan angkat berat sesuai di bulan puasa disebabkan tubuh kekurangan air. Dalam hal ini perlu anda tahu bahawa glikogen dalam badan menjadi kurang kerana aktiviti puasa, jadi peluang untuk membakar lemak jangan dibazirkan!

Perkara yang perlu diperhatikan jika anda ingin bersenam atau membuat latihan bina badan di bulan puasa ialah jangan berlatih melebihi had kemampuan dan berhenti segera jika badan tak mampu mengharungi latihan itu; dengar 'cakap badan anda'! Jika kita susun jadual latihan dengan baik beberapa jam sebelum berbuka puasa, kita akan dapat 'recharge' semula badan selepas berbuka. Juga disarankan supaya elakkan membuat latihan 'high impact' di siang hari Ramadan kerana tubuh mungkin tidak bersedia untuk mengharungi latihan yang berat; kecuali bagi mereka yang telah pro dan mempunyai daya tahan lapar/dahaga yang tinggi.

Masa lain yang baik untuk latihan bina badan di bulan puasa ialah selepas berbuka puasa. Walau bagaimanapun ini tidak sesuai jika anda baru sahaja makan makanan yang berat seperti daging/kambing dalam jumlah yang banyak. Pastikan anda hanya makan sebahagian kecil dan makan makanan yang mudah dicerna. Untuk peringatan, daging lembu & kambing amat lambat untuk dihadam. Walau bagaimanapun, berita baiknya ialah sistem penghadaman tubuh akan membakar sehingga 40% output kalori kita.

Sebagai contoh, saya akan hanya mulakan latihan bina badan selepas berbuka puasa selepas solat terawih. Untuk menjana tenaga (untuk latihan angkat berat) dari badan yang lemah hasil dari berpuasa, kesannya tubuh akan menarik tenaga dari otot, jadi saya akan terus minum 'protein shake' selepas berlatih. Kita nak bakar dan hilangkan lemak, bukan nak hilangkan otot! Dalam hal ini mungkin ada yang tak setuju dengan cadangan saya, tapi bagi saya dengan memakan protein selepas berlatih akan membantu kadar pembinaan otot yang tinggi, dan keadaan ini juga menjadikan banyak kalori dibakar untuk 'maintain' otot serta menggalakkan kehilangan lemak yang banyak.

Walau bagaimanapun, jika ada di antara anda bercadang untuk tidak berlatih di bulan puasa, anda pasti akan kehilangan sedikit saiz otot dan kekuatan seperti atlet profesional yang kehilangan stamina mereka pada musim tanpa pertandingan. Tapi, berita baiknya ialah kita boleh mendapatkan kembali otot dan kekuatan dengan cepat sekiranya kita bekerja keras semula selepas Ramadan.

Kunci utama dalam hal ini ialah bijak bertindak. Dengar cakap 'badan' anda. Jika ia memberitahu anda bahawa ia perlu untuk berehat, maka lakukan apa yang betul dan lakukannya dengan bijak. Akhirkata, selamat menjalani ibadah berpuasa dan selamat menjalani latihan bina badan di bulan Ramadhan!


KLIK SINI & DOWNLOAD PANDUAN BINA BADAN UNTUK ORANG KURUS! 

SUPPLEMEN BINA BADAN YANG DISYORKAN