Selamat datang ke Videoblog Panduan Bina Badan!
Blog ini disusun khusus untuk peminat bina badan yang inginkan panduan & tips bina badan yang percuma, mudah, ringkas atau murah. Dalam blog ini, anda akan dipaparkan dengan video teknik bina badan disertakan tips dan panduan praktikal untuk latihan bina badan. Hampir kesemua latihan bina badan yang dipaparkan boleh dilakukan dirumah atau tempat kediaman anda, tanpa menghabiskan wang di gim. Untuk makluman anda, tips & panduan bina badan dalam blog ini akan sentiasa dikemaskini dengan tips & video bina badan terbaru untuk kemudahan anda.
Selamat membina badan berotot!

Cara Kuruskan Badan & Kempiskan Perut di Bulan Puasa Ramadan

KURUSKAN BADAN DALAM BULAN RAMADAN!

Ahlan wa sahlan ya Ramadan! Jika anda terpaksa duduk di ofis dan mendengar orang lain bercakap besar tentang berat badan mereka yang turun kerana kesan berpuasa pada bulan Ramadan, di sini ada tips bagaimana anda boleh menggunakan bulan puasa untuk menurunkan berat badan dengan berkesan.

Apabila anda berbuka puasa anda cenderung untuk makan semua jenis hidangan di atas meja dan anda makan dan terus makan tanpa henti walaupun dah sendawa kerana perut dah memberi isyarat yang ia dah penuh. Jadi tips pertama untuk anda adalah 'dengar apa kata badan anda'.

1. Jangan makan banyak sekaligus:
Makan beberapa biji kurma dengan secawan air atau sup atau bubur yang mudah dihadamkan, kemudian tunaikan solat Maghrib sebelum kembali ke meja makan. Dengan cara ini badan anda mempunyai masa rehat dan perut akan memberikan isyarat lapar bila anda perlu makan semula. Cara ini juga memberikan perut anda permulaan yang baik untuk kerja penghadaman tanpa membebankannya dengan proses pencernaan berat. Anda akan makan secara berdikit-dikit dan makanan dapat dicerna dengan jauh lebih baik.

2. Elakkan karbohidrat sederhana dan makanan berlemak:
Makanan bergoreng dan karbohidrat sederhana seperti roti putih cenderung untuk membuat perut anda merasa berat dan kemudian lapar tidak lama kemudian. Karbohidrat sederhana juga akan menyebabkan tahap gula dalam darah anda meningkat dan kemudian jatuh tidak lama selepas itu, bukan sahaja membuat anda lapar, tetapi juga membuat anda mengidamkan gula, yang membawa kita kepada perkara seterusnya.

3. Makan secara ringan selepas Tarawih:
Beberapa jam selepas berbuka puasa, badan anda akan mencerna makanan dan anda akan rasa lapar lagi atau ingin makanan manis. Jangan benarkan badan anda masuk ke fasa itu, sebaliknya makan secara ringan pada 10:30 pm untuk membendung nafsu yang ingin makan manisan & jajan yang tak berzat. Hadkan makan kepada makanan yang ada nutrien yang tinggi seperti buah-buahan, sayur-sayuran, yogurt atau kacang mentah.

4. Makan Sahur secara sihat:
Anda perlu pilih secara bijak jenis makanan untuk Sahur; terdapat makanan tertentu yang bila dimakan akan menjadikan rasa kenyang lama beberapa jam selepas dimakan kerana mereka dicerna oleh perut lebih perlahan; contohnya, coklat atau pizza. Terdapat juga makanan yang akan membuat anda dahaga pada hari berikutnya manakala yang lain sebenarnya akan membendung dahaga dan rasa lapar. Makanan dengan Indeks glisemik rendah (GI) akan menjaga tahap gula dalam darah dan paras insulin anda, kesannya ia juga menjadikan perut anda rasa penuh untuk masa yang agak lama. Sila buat carian online tentang makanan yang rendah indeks glisemiknya.

5. Fahami keperluan gula dalam tubuh:
Makanan sarat dengan gula adalah musuh anda dalam Ramadan. Badan anda akan mengidamkan makanan manis selepas berbuka puasa, terutamanya selepas makan yang tidak seimbang, dan lebih banyak anda makan manisan melebihi had diperlukan badan, anda akan menjadi lebih ketagih untuk makan manisan. Amat sukar untuk mengawal pengambilan makanan manis pada bulan Ramadan kerana hari-hari kita mengadap juadah berbuka yang ada kuih & manisan. Tetapi antara cara untuk membendung nafsu 'ketagih manis' adalah dengan berbuka dengan buah-buahan seperti buah kurma, plum atau pisang sebelum makan berat. Ini akan memuaskan keinginan gula tubuh anda dan membuat anda makan kuih-muih manis dengan kurang.

6. Banyakkan buah dan sayur & makanan berfiber dalam hidangan anda:
Tukar beras putih dan pasta dengan oat, tukar roti bakar putih dengan roti serat tinggi dan bijirin gula-sarat dengan oatmeal, Muesli atau jenama komersil yang kaya dengan serat seperti Fitness Nestle. Buah-buahan, sayur-sayuran dan serat akan membuat anda rasa kenyang lebih lama dan menghadkan rasa nak makan bergula.

7. Kawal nafsu makan dengan menipu badan anda;
Jika anda mengidamkan makanan manis, makan buah-buahan sebelum makan berat untuk kurangkan rasa lapar. Begitu juga, mula berbuka puasa anda dengan banyak sayuran dan serat sebelum makan sekeping murtabak kerana ia akan mengisi perut dengan makanan yang tiada@kurang kalori. Kaedah 'penipuan' ini membolehkan anda rasa kenyang tanpa makan banyak makanan yang tinggi kalori.

8. Bersenam secara ringan & konsisten:
Kita mungkin berasa malas bersenam di bulan Ramadan, terutama selepas berbuka puasa. Senaman adalah penting untuk mengurangkan berat badan dan kekal cergas. Pakar kesihatan menasihatkan adalah penting bersenam selepas 2-3 jam berbuka puasa supaya anda tidak kehilangan jisim otot atau mendapat kesan dehidrasi. Jika anda ingin bersenam sebelum berbuka puasa, amalkan senaman ringan, seperti berjalan pantas @ joging ringan. Anda boleh kembali beramal dengan rutin senaman berat anda selepas berbuka puasa tetapi pastikan anda telah makan secara sederhana supaya badan dapat mencerna makanan beberapa jam sebelum anda membuat senaman berat.


KLIK SINI & DAPATKAN RAHSIA KURUSKAN BADAN SECARA SEMULAJADI TANPA BERLAPAR, TANPA SENAMAN BERAT & TANPA MAKAN SUPLEMEN YANG MENGARUT & MAHAL GILER!!
 

SUPPLEMEN BINA BADAN YANG DISYORKAN